Isi Borang Nikah Lelaki Selangor (online)

Assalamualaikum

Selesai Ujian HIV tempoh hari. Seterusnya, kami mengisi borang kebenaran nikah. Shu masih ingat sikit-sikit masa kursus pra perkahwinan tempoh hari. Penceramah ada terangkan procedur-procedur untuk isi borang nikah ni.

*update terkini, 11/02/2019 sistem updated.

Dalam kursus pra perkahwinan tempoh hari, penceramah ada menyatakan, sekiranya ;
  • kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan berasal dari kariah yang sama. borang kebenaran nikah boleh di isi bersama.
  • kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan berasal dari kariah yang berlainan, borang kebenaran nikah hendaklah di isi oleh bakal pengantin lelaki terlebih dahulu.
  • Borang 2A : bakal pengantin lelaki
  • Borang 2C dan 2D serta borang wali : bakal pengantin perempuan
  • selesai isi borang. bagi kepada pihak pengantin perempuan (luar Selangor)
Procedur Isi Borang Kebenaran Nikah (Lelaki Selangor) :

Kalau belum pernah sign-up, boleh terus sign-up dan isi detail diri anda.

  • Borang boleh di isi secara terus online di https://ncr.jais.gov.my/.
  • Daftar masuk dengan menggunakan no IC anda.
  • Isi borang 2A untuk lelaki yang tinggal di Selangor.
  • Pastikan anda sudah tahu :
    • Tarikh Nikah (dalam kalender Islam)
    • Tempat Nikah
    • Nama 2 orang saksi (saksi isi borang, kawan pun boleh)
    • Nama bakal bini hang. >.< tak ingat memang nak kena sekeh
  • Selesai isi borang secara online. Borang boleh di print. Save dalam PDF dulu pun boleh. :)
  • Bawa bersama borang yang telah di print tadi kepada Juru Nikah tempat tinggal anda. Potostat IC anda, IC saksi, Keputusan ujian saringan HIV, dan Sijil Kursus Kawen. Jangan lupa Borang Surat Bujang (dapatkan dari tempat kerja anda, make sure ada nama syarikat di kepala surat tersebut)
  • Sudah dapat tandatangan Juru Nikah di tempat anda? OK siap 1 perkara. Tapi, jangan tarik nafas lega panjang sangat. Belum settle lagi. >.<
  • Borang yang telah di tandatangan haruslah di serahkan kepada Pejabat Agama Islam Negeri Selangor (untuk Selangor). Borang tadi akan di sahkan. Ini jam, tarik nafas separa lega. Sebabnya sebelah perempuan belum siap lagi.

di atas antara borang yang telah di isi bagi kes pengantin lelaki asal Selangor, dan pengantin perempuan asal Kedah. ada juga link untuk prosedur perkahwinan dan senarai semak permohonan lelaki dan perempuan versi English.

dah siap semuanya. klik butang cetak. dan print. atau pun save.

Note :
- borang yang telah di hantar ke Pejabat Agama Islam , mengambil masa sehari untuk siap.
- jangan lupa bawa RM10 untuk bakal pengantin yang bernikah di luar Selangor. kalau kahwin di dalam Selangor, SS tak pasti berapa ringgit kena.
- Entri asal telah dipadam atas alasan tertentu.
Share:

No comments:

Post a Comment

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (13) AmilSafwan (1) Family (10) Film/Drama (5) Giveaway (4) Info (21) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (28) Makan (18) Parenting (6) Peribahasa (284) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (50) Sihat (9) Wordless (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *