Assalamualaikum
seperti yang dijanjikan, syieda nak
upload gambar dari kampung. dan oleh kerana malam ni tersangat rajin, maka gambar dari
handphone murah bertambah cerah la sikit. hahaha
maaf gambar kurang jelas kerana snap dari handphone murah. :(
setibanya dikampung seawal jam
6pagi. ayah sedia menunggu ditempat parking moto
Shahab Perdana. dengan senyuman ayah. sudah tahu
beliau baru sampai + merindui anak perempuan dia ni. hakhak
perasan la!
sepanjang hari Sabtu memang langsung
mata ni tidak dapat lelap. ada saja aktiviti dengan mak. :) dari jam 10 pagi hinggalah ke malam. hikhik.. :p
langsung tak rasa penat.
gambar ni diambil di
belakang rumah makcik. rumahnya baru saja siap dibina. syieda pun baru pertama kali masuk kedalam rumah ni.
teruja sekejap. setiap bilik, terdiri daripada
pelbagai jenis design langsir buatan pakcik. :p pakcik lepas pencen memang amik upah buat langsir.
sapa2 nak tempah, sila gtau syieda.hehehe
sebelah petangnya,
mengecat rumah sambil minum petang. best! :) dah lama tak berkumpul macam ni. selalu
abang keja shift siang tiap kali syieda balik kampung. tapi kali ni, dia shift malam. dapat la berkumpul. :) mak goreng macam-macam.
syieda, adik, abang mengecat, ayah jadi pemantau je. hakhak..
bergaduh usah cakap la. ada yang terlanggar tong cat. terpijak cat. tak kurang juga ada yang tergelak sampai meleleh air liur. kahkah selekeh betul 3 beradik ni. :)
haha
hasil kerja 3beradik ni. sorang perempuan dan dua lelaki. macam
tongkang pecah. :p apa nak jadi ni.. ni semua
mak nak kena kemas ni. entah bila settle entah la.
ehhh rumah syieda rumah kampung. saya bukan orang bandar tau? sengih sampai ke telinga.
ni lah
buah durian yang syieda
mengidam ehhh teringin sangat ni. @_@ ayah cakap belum masak lagi. aritu saja masak sebiji. memang
betul-betul atas kepala. sapa yang tinggi berlubang la kepala dia. :p heeee
nasib baik syieda rendah. tengah tunggu yang atas sekali tu. besar!!
ni adalah
gambar penutup. terima kasih sebab sudi dengar cerita syieda yang tak seberapa ni. :) disebabkan asik dengan keluarga. gambar ini saja yang termampu berada dalam hp ni. takpe, nanti balik lagi, upload lg. haha. ok
selamat malam :)
yang benar