09 May 2019

Selepas hujan ada Pelangi


Tersedar dari kekhilafan diri sendiri, terlalu mengikut perasaan. Bak kata pepatah, ikutkan hati, mati. Selepas kejadian yang pahit tempoh hari, positifkan diri selalu. Akhirnya selepas seminggu gaji masuk. Oklah tutup cerita tu.

Betullah orang tua-tua cakap, kalau tengah marah baik diamkan diri. Kalau buka mulut pasti ada yang terguris hati, tersalah cakap yang menyinggung perasaan orang sekeliling. Kalau tengah memandu, pasti memandu dengan perasaan marah, dan boleh menyebabkan kemalangan. Kalau tengah memasak, boleh jadi rentung ikan dalam belanga. Mangsanya ikan.

Tenangkan diri dengan mengadu kepada Pencipta. Menangis sepuasnya, dan berserah kepadaNya adalah jalan terbaik, kerana Dia adalah sebaik-baik Perancang.

Banyak hari berdiam diri sebab kalut menyambut Ramadhan tahun ni. Agaknya belum terlambat untuk shu ucapkan Salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat kalian semua.


Terima Kasih

7 comments:

  1. but sometimes keeping to many things inside might be bad too.

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut ramadhan kareem..

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan. inshaAllah, setiap ujian cabaran dugaan tu ada maksud tersirat dan tersurat daripada Allah Taala untuk kita semua :)

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa Shu sekeluarga.

    ReplyDelete