19 May 2019

Berita yang mengejutkan!


17 Mei yang lalu, kita menerima perkhabaran kematian Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin adalah akibat luka hirisan di leher, kata polis. Punca kematian Siti Kharina, 40, itu diperoleh hasil bedah siasat terhadap mayat wanita itu yang dijalankan pada Khamis, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat.

18 Mei, semalam kita menerima perkabaran pengasas Dnars Skincare maut dalam kemalangan di Thailand, Faziani Rohban Ahmad, 40. Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera parah apabila kereta Toyota Estima dinaiki mereka terlibat kemalangan di Pattani kira-kira jam 10.30 pagi hari yang sama.

19 Mei, pagi ini kita dikejutkan lagi dengan berita kematian chef selebriti, Adam Mahamed Ismail iaitu bapa saudara kepada Fatimah dan Ali yang tinggal di UK, dan sepupu kepada Neelofa. Arwah dikatakan menghidapi penyakit, namun tidak diketahui mengenai penyakit yang dihidapi arwah.

Takziah buat keluarga arwah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga keluarga arwah bersabar dan menerima ujian dari Allah S.W.T dengan hati yang tabah.


Terima Kasih

7 comments:

  1. Biarpun perginya di bulan yang mulia..namun ianya menyentap rasa kita yang mendengarnya apatah lagi seluruh ahli keluargakan pastinya kesedihan dan rasa kehilangan..3 kematian dengan cara yang berbeza..pembunuhan..kemalangan..gangguan kesihatan.Allahu.Besar kekuasaan Allah.Moga semuanya berada dikediaman baru yang sangat diredha Allah.Al Fatihah.

    ReplyDelete
  2. tiga kematian berturut2 yg menyentap emosi keluarga dan waris terdekat...

    ReplyDelete
  3. al-Fatihah
    Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat

    ReplyDelete