26 May 2019

Hapus panas setahun kerana hujan (146)

Kebaikan seseorang boleh hilang akibat kesalahan yang sedikit.

Tepati Masa, Itu Emas

Masa bagi sesetengah orang terlalu banyak. Begitu banyak masa yang terluang untuk memenuhi hobi masing-masing dalam sehari. Sangat beruntung. Bagi sesetengah orang yang lain, masa yang ada dalam sehari amatlah terhad, menjadikan ia amat berharga walaupun 10 minit.

Tak dapat disangkal, setiap dari kita miliki jam tangan, dan jam dinding di rumah. Paling tragis setiap sudut tergantung cantik jam dinding. Seperti orangnya amat pentingkan masa sehingga tidak mahu bazirkan walau seminit. Itu cerita first impression di rumah.


Bila bercerita pasal masa, bila buat suatu temujanji yang kita sendiri bersetuju. Kita sudah sedia maklum akan waktu temujanji, dari awal dah boleh plan dan merangka perjalanan untuk ke tempat temujanji. Jangan last minute mahupun membuat temujanji yang lain pada tarikh dan waktu yang sama.

Pernah jumpa orang yang suka-suka mengiakan setiap temujanji yang diatur tanpa sedar masa dan waktu adalah sama dan jarak tempat temujanji adalah jauh. Dan akhirnya terpaksa tundakan mahupun batalkan temujanji tersebut. Terfikirkah akan masa orang lain?

Masa yang dibazirkan tidak dapat diulang kembali. Seharusnya kita untuk menimbang keputusan sebelum membuat sesuatu janji kepada orang lain. Ini melibatkan masa orang lain juga.

25 May 2019

Gunung payung (145)

Orang kesayangan / buah hati.

24 May 2019

Cara Menguruskan Uri Mengikut Islam


Balik dari kerja semalam, buka peti ais bau hanyir kuat sangat dalam peti ais. Hampir terduduk dan termuntah dibuatnya. Bila tanya en suami, katanya emak mertua letak uri dalam peti ais bahagian sejuk beku untuk kami uruskan.

Maaf bukan nak menghina, tapi shu fobia bau darah. Nasib lah tak pengsan atau termuntah, naya puasa i haritu. Jadi en suami ambil tanggungjawab untuk cuci uri kakak ipar. Allahu.. beliau cuci, shu yang masak terasa kembang tekak. 

Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi. Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. 

Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik. Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar. 

Cara menguruskan uri
  1. Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
  2. Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
  3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
  4. Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
  5. Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
  6. Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
  7. Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.***Mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti.
  8. Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
  9. Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
  10. Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
  11. Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
  12. Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM). 

Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.

Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.

Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat..

Gayung tua, gayung memutus (144)

Kata-kata orang tua biasanya betul.

23 May 2019

15 Adab Dan Tradisi Melayu Ketika Melawat Atau Menziarahi Orang

Menerima perkhabaran gembira, kakak ipar sudah selamat melahirkan bebi boy pada pagi tadi. Alhamdulillah.. nak berkunjung hendaklah mengikuti beberapa garis adap dan tradisi kita ketika melawat atau menziarahi orang, bukan main serbu saja. Tapi tak mustahil ada saja macam tu.

1. Meminta Izin
Sila pastikan anda membuat temu janji dan meminta izin terlebih dahulu dengan tuan rumah sebelum berkunjung ke rumahnya. Ini untuk mengelakkan daripada tetamu "menerjah" ke rumah pada masa tuan rumah dalam keadaan yang belum bersedia. 

2. Berniat Baik
Ikhlaskan niat yang baik-baik sahaja sebelum berkunjung ke rumah orang. Janganlah sesekali terlintas di fikiran hendak memerhatikan perabot yang digunakan murah atau mahal ataupun makanan apa yang akan dijamu dengan niat untuk membawang.

3. Mengucapkan Salam dan Minta Izin Sebelum Masuk Rumah
Dalam ajaran Islam, jika setelah memberi salam tiga kali dan tiada jawapan daripada tuan rumah, maka tetamu harus beransur pulang. Dan jangan sesekali menerpa masuk ke dalam rumah orang tanpa diberi keizinan walaupun pintu rumahnya terbuka luas.


4. Tidak Menghendap atau Mengintip di Depan Pintu
Tetamu dilarang sama sekali mengintip tuan rumah dari sebalik tingkap atau pintu untuk memeriksa sama ada mereka ada di rumah atau tidak. Ini bukan mesyuarat tingkap atau pintu ya.

5. Tidak Terlalu Kerap Berkunjung ke Rumah yang Sama hingga Berlebih-lebihan
Lawatan tetamu hendaklah berpada-pada. Janganlah bertandang selang dua hari sekali atau terlalu kerap sehingga mengakibatkan tuan rumah berasa tidak selesa.

6. Pilih Waktu yang Sesuai
Tetamu harus mengelakkan bertandang ke rumah orang pada waktu-waktu umum untuk tidur atau berehat seperti pagi-pagi buta, tengah hari ataupun lewat malam. Seelok-eloknya, tanya terlebih dahulu pada tuan rumah waktu apakah yang paling sesuai untuk berkunjung. 

7. Menghormati Privasi Tuan Rumah
Tetamu hendaklah menjaga pandangan daripada mata meliar memerhatikan ahli keluarga tetamu, bilik-bilik ahli keluarga, susun atur rumah atau perkakas yang digunakan.

8. Duduk hanya di Tempat yang Telah Diizinkan
Duduk hanya apabila diizinkan dan apabila tuan rumah telah menunjukkan anda tempat duduk yang dikhaskan, janganlah sesuka hati berpindah ke bahagian lain atau sengaja meneroka tempat duduk yang lain.
Perkara yang sama sekiranya anda ingin bermalam di rumah orang. Hanya tidur di bilik yang telah disediakan. Jangan berpindah-randah atau menggunakan bilik lain tanpa kebenaran tuan rumah.

9. Jangan Mengintai atau Memasang Telinga
Sesetengah orang bertelinga lintah gemar mencuri dengar perbualan tuan rumah dengan pasangan atau perbincangan sesama ahli keluarga mereka. 

10. Jaga Tatatertib Anak-anak
Perhatikanlah anak anda sekiranya bertandang ke rumah orang. Jangan leka dengan membiarkan anak anda bermain-main dengan perabot atau perkakas rumah, memukul anak tuan rumah atau bertempik-tempik sambil lari bertempiaran. Disiplinkan anak anda supaya pandai membawa diri di rumah orang.
Paling digeruni apabila ada anak-anak segera memasuki semua bilik di seluruh rumah untuk menjenguk. Ini sama sekali tidak beradab dan dikhuatiri menyebabkan tuan rumah berasa tidak selesa dengan kunjungan anda.

11. Bawa Buah Tangan
Ini bukanlah satu kemestian namun lebih manis sekiranya tetamu tidak datang dengan tangan kosong. Belilah walaupun sedikit, seperti kuih pisang goreng, buah-buahan atau manisan untuk dihadiahkan kepada tuan rumah sebagai tanda terima kasih sudi menerima kunjungan anda sebagai tetamu.

12. Makan atau Minumlah apa Sahaja yang Dihidangkan
Kebiasaannya tuan rumah akan bertanya terlebih dahulu apa yang tetamu ingin jamah atau minum. Berpada-padalah jika ingin membuat apa-apa request sekalipun. Janganlah terlalu demanding seperti nak order makan di restoran.

13. Tidak Meleret-leret Ketika Berkunjung
Satu tips yang boleh digunakan ialah, apabila tuan rumah bertanya "Eh dah pukul berapa ya? Tak sedar masa dah berlalu!" ini bermakna sudah tiba masa untuk anda beransur pulang. Itu hanyalah bahasa kiasan yang sering digunakan tuan rumah untuk memberitahu tetamu bahawa "saya ada hal lain" atau "saya letih, bolehkah anda pulang sekarang?"

14. Tidak Pulang selagi Tidak Diizinkan
Sebetulnya, seorang tetamu tidak boleh berganjak pulang selagi tidak meminta izin dengan tuan rumah. Ini sering terjadi di majlis-majlis keramaian atau kenduri-kendara di mana tetamu terus pulang tanpa bertemu dengan tuan rumah. 
Sebelum pulang, pergilah bersalaman dan bertemu tuan rumah terlebih dahulu sebagai tanda terima kasih.

15. Mengucapkan Syukur dan Terima Kasih
Ucaplah terima kasih dan bersyukur atas kesudian tuan rumah menerima anda sebagai tetamu mereka sebelum bergegas pulang.

Silalah amatkan adap-adap ketika melawat atau menziarahi orang.

Terima Kasih

Gatal mulut (143)

Suka cakap keburukan orang.

22 May 2019

Salam Nuzul Quran 2019


Salam Nuzul Quran bagi tahun 2019.

Gali lubang tutup lubang (142)

Pinjam wang untuk bayar hutang.

21 May 2019

Gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar juga (141)

Kelakuan orang miskin yang gemar meniru orang kaya.

20 May 2019

Cita-citaku Menjadi Seorang Askar


Cak! Jangan terkejut kalau posting terlalu awal pagi ni, sebabnya kena buat ot bermula jam 7.00 pagi. Jadi kerja sudah siap, nak sambung tidur, malas! kita berjogging dalam blog kejap sementara tunggu askar bangun, Jeneral Sofia.

Cerita pasal cita-cita, anak ibu katanya bercita-cita ingin menjadi seorang askar - seperti bapa saudaranya. Ibu tak larang, ayah pula nak anak menjadi Polis. kemain sang ayah bercita-cita sebab masa muda ibu kena reject dek temuduga polis atas sebab sudah berkahwin. kah.

Pengaruh terhadap gambar yang bapa saudara selalu hantar dalam whatsapp, dan kekadang video call bapa saudara dalam keadaan beruniform, maka beliau pun "nak macam" bapa saudara. yelah, budak berumur 4 tahun boleh bercakap apa saja tanpa mereka sedar.

Kalau betul nak jadi askar, kena latih dari kecil, hahaha ibu tak boleh bayangkan anak ibu yang sesopan wanita melayu terakhir menjadi askar. 

Gagak bersuara murai (140)

Nampaknya hodoh, tetapi suaranya merdu dan baik hati

19 May 2019

Iftar bersama di D'Saji Bangi


Cerita malam semalam berbuka bersama officemate dan ahli keluarga memasing. Memandangkan masih mengikut terma "no gift policy", maka semua sponsor oleh diri memasing. kami booking hari selasa yang lepas. Pada mulanya ingatkan tak ramai yang berbuka ke sini, rupanya ramai juga. Surau penuh.

Harga untuk buffet Ramadhan d'saji Bangi adalah :
Dewasa (13thn ke atas) : RM58.00
Kanak-kanak 4-12 tahun : RM28.00
Kanak-kanak 1-3 tahun : RM10.00




antara menu yang tak sempat nak makan, kambing bakar. sedih. lepas solat maghrib, p tengok dah kosong kambing. hukhuk

sempat makan cheese cake dan tembikai. sofia pulun 7 hiris tembikai sorang dia.

jeruk mangga yang sempat i rasa, rasanya oklah, tak macam Pak Ali. hahahah


ni pun tak sempat. dah tinggal kuah. aduhai...



ini keadaan dalam dewan berhawa dingin. dan di keliling dewan masih ada kerusi dan meja kepada yang lebih suka suasana santai. Tak nampak apa sebab malam kan...

semestinya saat yang ditunggu bebudak kecik ni, habis makan, masing-masing menunjukkan skill masing-masing sampai pening mak ayah memasing. Manusia berbaju biru tu sebaya tapi nampak dak Sofia lagi tinggi. ok itu gen ayahnya. hihi

31# Nasi Ayam


Memandangkan harini cuti dan esok pun cuti, maka bermalasan di rumah. Idea nak masak pada mulanya nasi lemak, tapi suami req nak nasi ayam, ayam perap dibakar bukan digoreng. Amboi makanan sihat sangat harini. Resepi sepenuh shu follow dari iResepi ni.

Bahan-Bahan:
Bahan untuk ayam (direbus) :
  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan (madu takda, jadi shu skip)
Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka (cuka takda, ganti perahan limau)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam


Cara Penyediaan:
Cara untuk ayam:
  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Cara untuk memasak nasi:
  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Tips: Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Resepi dan gambar : iResepi

Berita yang mengejutkan!


17 Mei yang lalu, kita menerima perkhabaran kematian Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin adalah akibat luka hirisan di leher, kata polis. Punca kematian Siti Kharina, 40, itu diperoleh hasil bedah siasat terhadap mayat wanita itu yang dijalankan pada Khamis, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat.

18 Mei, semalam kita menerima perkabaran pengasas Dnars Skincare maut dalam kemalangan di Thailand, Faziani Rohban Ahmad, 40. Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera parah apabila kereta Toyota Estima dinaiki mereka terlibat kemalangan di Pattani kira-kira jam 10.30 pagi hari yang sama.

19 Mei, pagi ini kita dikejutkan lagi dengan berita kematian chef selebriti, Adam Mahamed Ismail iaitu bapa saudara kepada Fatimah dan Ali yang tinggal di UK, dan sepupu kepada Neelofa. Arwah dikatakan menghidapi penyakit, namun tidak diketahui mengenai penyakit yang dihidapi arwah.

Takziah buat keluarga arwah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga keluarga arwah bersabar dan menerima ujian dari Allah S.W.T dengan hati yang tabah.

Elok lenggang di tempat datar (139)

Berseronok-seronok perlu pada tempat dan masa yang sesuai.

18 May 2019

Elok arak di hari panas (138)

Orang yang bersuka-cita kerana mencapai tujuan.

17 May 2019

Mood Raya : Baju Raya, Kuih Raya dan Duit Raya

 

Nampak tak semangat nak beraya. Puasa pun baru 12hari, alhamdulillah masih penuh. Persediaan menyambut Ramadhan tempoh hari tak sempat atas sebab tertentu yang tak dapat di elakkan. Sedih.

Tahun-tahun sebelum ni persediaan kami yang paling utama adalah duit raya. bukan sebab mata duitan ya. haha Pertama sekali sebab nak beri kepada anak-anak buah. Kanak-kanak ni tak meriah kalau takda duit raya kan? Zaman kami dulu, kalau satu rumah tu beri duit raya RM1, makin bertambah kanak-kanak datang. Malah ada yang dua round siap tukar baju.

Kuih raya antara yang terpenting jugak selain juadah seperti ketupat, lemang, dan rendang. Yang paling menjadi kenangan adalah sewaktu tolong mak buat kuih bunga ros, kuih siput dan bahulu serta dodol. Bahulu dan dodol buat secara bergotong-royong. Takda lah penat sangat kan? 

Akhir sekali baru persediaan baju raya. Baju raya ni kadang tak ikut tema sangat. Cuma sejak mendirikan rumah tangga, dapat suami yang suka pakai baju sedondon. Jadi beliau yang putuskan warna dan design macam mana nak di pakai.

Persediaan untuk yang akan dan bakal travel jauh tu perlu di beri keutamaan. Check keadaan kereta dan pastikan semuanya sudah siap diselenggara. Kad tambah nilai juga jangan dilupa karang tersangkut di lorong tol akan menyebabkan kesesakan kepada pengguna lain.

Digantung tinggi, dibuang jauh (137)

Tidak berkuasa sedikit jua.

16 May 2019

Terima Kasih Cikgu 16 Mei

 

Selamat Hari Guru! Terima Kasih kepada semua guru-guru yang telah mendidik kami sehingga berjaya sekarang ini, dan tak lupa jugak guru-guru yang telah mendidik anak-anak kami sekarang. Kepada guru-guru, terima kasih kerana sabar dengan perangai anak muridmu.


Di mana makan di situ berak (136)

Melakukan kejahatan dalam tempat orang mencari rezeki.

15 May 2019

Sudah Bersediakah Anda?



Semakin Kita Iri Hati dan Dengki, Semakin Allah Tarik Rezeki Kita


Situasi : Rakan sekerja saya tidak senang dengan kenaikan gred jawatan orang lain, sekiranya gred itu sama atau lebih dari mereka. Sekiranya ada, mereka akan memburuk-burukkan ataupun melemparkan kata-kata sinis kepada orang tersebut.

Jawapan : Hasad dengki telah bermula sejak Allah S.W.T mencipta Nabi Adam lagi. Apabila Allah memerintahkan para malaikat dan iblis sujud kepada Nabi Adam, para malaikat mematuhi perintah Allah, manakala iblis mengengkari-Nya. Ia berasa iri hati terhadap Nabi Adam dan merasakan dirinya lebih baik. Akibat kesombongan itu, Allah mengisytiharkan iblis sebagai penghuni neraka. Inilah sifat permulaan hasad dengki. Punca yang menghalang iblis untuk sujud kepada Nabi Adam tidak lain dan tidak bukan adalah daripada dengki, bongkak, sombong dan riak. Ia berasa dirinya jauh lebih baik daripada Nabi Adam.

Tengok orang lain berjaya, jangan dengki

Hidup jangan terlalu dengki dengan kelebihan orang lain. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Cuma sentiasa kena bersyukur dengan apa yang ada. Melihat pencapaian orang lain? Terinspirasi jangan iri, jangan dengki. Kalau lapang hati, lapang juga rezeki.

Belajar rasa cukup

Bila air yang sedikit dapat menyelamatkan kamu dari rasa haus, tak perlu meminta air yang lebih banyak yang kemungkinan akan menenggelamkan kamu. Saat hati sempit, rasa benci, rasa sakit hari dan segala rasa yang menyesakkan segera buka Al-Quran, baca dan resapi ertinya. Perbanyakkan zikir, mengigat Allah.

Salam Ramadhan. Masak apa petang ni untuk berbuka? 

Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh (135)


Dari sifat mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar.

14 May 2019

Dada manusia tidak dapat diselam (134)

Pengetahuan seseorang itu tidak dapat diketahui.

13 May 2019

When I Marry A Stranger (2018) @ Jao Sao Jum Yorm


Cerita ni cerita cinta, dimana gadis bernama Maysarin seorang yang terkenal yang telah bertunang dengan Saruth, tetapi ditinggalkan pada hari perkahwinan mereka. Kadethaen, seorang ahli perniagaan juga mengalami nasib yang sama apabila ditinggalkan oleh Pinmanee. Senang cerita, Saruth bercinta dengan Pin, dan tinggalkan pasangan mereka iaitu May dan Kade.

Kade mula mengenali May apabila berjumpa di parti tepi pantai, selepas kejadian itu Kade akan bertanggungjawab terhadap May. Dalam proses Kade memikat May, Nakarin muncul mencaras, tapi dengan niat dan dendam lama. 

Part May dan Kade ni comel dan kekadang kelakar tu yang tak boleh tahan. Comel!

Cerdik busuk (133)

Pandai tetapi selalu menyusahkan dan menyakitkan hati orang.

12 May 2019

Cerai hidup (132)

Suami dan isteri yang perpisahan.

11 May 2019

Cepat kaki, ringan tangan (131)

Rajin dan berdaya usaha.

10 May 2019

Celaka ayam, padi masak makan ke hutan (130)

Bernasib malang.

09 May 2019

Selepas hujan ada Pelangi


Tersedar dari kekhilafan diri sendiri, terlalu mengikut perasaan. Bak kata pepatah, ikutkan hati, mati. Selepas kejadian yang pahit tempoh hari, positifkan diri selalu. Akhirnya selepas seminggu gaji masuk. Oklah tutup cerita tu.

Betullah orang tua-tua cakap, kalau tengah marah baik diamkan diri. Kalau buka mulut pasti ada yang terguris hati, tersalah cakap yang menyinggung perasaan orang sekeliling. Kalau tengah memandu, pasti memandu dengan perasaan marah, dan boleh menyebabkan kemalangan. Kalau tengah memasak, boleh jadi rentung ikan dalam belanga. Mangsanya ikan.

Tenangkan diri dengan mengadu kepada Pencipta. Menangis sepuasnya, dan berserah kepadaNya adalah jalan terbaik, kerana Dia adalah sebaik-baik Perancang.

Banyak hari berdiam diri sebab kalut menyambut Ramadhan tahun ni. Agaknya belum terlambat untuk shu ucapkan Salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat kalian semua.

Lagi jatuh ditimpa tangga (129)

Berturut-turut mendapat masalah.

Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed

 

Terma & Syarat :

Tempoh Giveaway :
29/04/2019 - 10/05/2019

08 May 2019

Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.

SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.

Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :



Antaramuka SAPS IBUBAPA

Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.



Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.


Cari umbut kena buku (128)

Mencari baik, dapatkan buruk.

07 May 2019

Cantik bagai bidadari (127)

Wajah yang manis atau sangat menarik.

06 May 2019

Cangkul angin (126)

Membuat kerja yang sia-sia.

05 May 2019

Campur tangan (125)

Melibatkan diri / ambil tahu.

04 May 2019

Cakap besar (124)

Membesarkan diri sendiri.

03 May 2019

Cakar ayam (123)

Tulisan sangat buruk.

02 May 2019

Campak baju nampak kurap (122)

Membocorkan keburukan diri anda.

01 May 2019

Ular berkepala dua (121)

Tiada tetap pihak mana yang diikuti.

Selamat Hari Pekerja 2019

 

Sempena tarikh 1 Mei 2019, shu ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua golongan pekerja yang gigih mencari rezeki, menabur budi di tanah air tercinta kita Malaysia dan juga rakyat Malaysia yang berkelana jauh dari tanah air mencari rezeki dan berjuang di lapangan masing-masing di luar negara.

Shu adalah seorang wanita bekerja dan suri rumah. Disebabkan tahun ni tugas standby bukan turn shu, jadinya selamat bercuti. shu standby pada hari Wesak. Tahun lepas shu kena standby, sekali budak sofia kena masuk kerja. 

Semoga Allah SWT memberkati kita semua dengan perubahan yang lebih baik untuk seluruh golongan pekerja, kehidupan yang lebih sejahtera, kos sara hidup yang munasabah, pendapatan yang meningkat, kerjaya yang berkembang maju serta ruang yang lebih selesa untuk inovasi dan kreativiti.