22 March 2019

#27 Sup Tauhu Telur


Hari Rabu yang lepas ulang alik depan tauhu telur. Nak buat, takut tak menjadi, tapi teringin sangat nak makan. huhu lepas dapatkan tips dari office-mate cara untuk masak tauhu ni, baru keyakinan tu ada. Balik rumah dah siap masak semua, rupanya anak dan suami i tak makan benda lembik-lembik.

Bahan-bahannya:
  • Tauhu telur
  • Bawang putih – cincang
  • Serbuk lada hitam
  • Udang / isi ayam
  • Sos tiram – anggaran 2 sudu besar
  • Cendawan shimeji / fresh shitake
  • Lobak merah – hiris halus memanjang
  • Daun sup – hiris
  • Tepung ubi – bancuh dengan sedikit air (kalau nak ganti dengan tepung jagung pun boleh)
  • 2 biji telur – pukul dengan garfu
  • Garam
  • Serbuk perasa (kalau suka)


Cara-cara :
  1. Potong tauhu telur seperti dalam gambar, dan gorengkan di dalam minyak yang panas, bila kekuningan baru alihkan supaya tauhu tadi tidak hancur. Sila berhati-hati kerana semasa menggoreng minyak akan terpercik. hihi
  2. Tumis bahan menumis hingga naik bau, masukkan udang/ayam dan serbuk lada hitam.
  3. Masukkan sos tiram, air dan cendawan dan tunggu hingga mendidih.
  4. Masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam.
  5. Tuang bancuhan tepung ubi sambil kacau kuah sup agar pekat.
  6. Masukkan tauhu tadi, kemudian perlahankan api. Tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran. Biarkan beberapa saat, baru tutup api.
  7. Tabur daun bawang.

Kredit : Siraplimau


Terima Kasih

8 comments:

  1. Kak PC boleh makan tapi kena makan hangat-hangat..kalau dah sejuk tak boleh masuk tekak..memang sedap..halus je macam taufu fa kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak, kalau sejuk tak tertelan rasanya.

      Delete
  2. nak tanya.. kalo goreng dulu tauhu telur tu kenapa CT nye dia x jadi elok cemtu ?
    ada trick ke macam mana ? banyak kali cuba sebab suka. mesti hancur jadinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. shu potong-potong mcm saiz gambar kat atas, lepas tu panaskan minyak biar sampai betul-betul panas, pastu masukkan tauhu ni agak tenggelam dalam minyak. biarkan dlu dah merah baru alihkan. lembut tekstur nya, shu alih perlahan-lahan.

      Delete