Kaki Bodek


Harini kami nak share pasai kaki bodek, kaki kipas, dan kaki-kaki yang seangkatan dengannya, kaki cagu takmo! Mereka ni sampai ada yang sanggup menggadai maruah semata-mata untuk kepentingan peribadi. Selalunya spesis kaki bodek ni, adalah yesman (selalu iyakan apa yang orang atasan cakap tanpa kira betul atau salah).
Korang nak tahu tak kenapa dan sebab apa wujudnya kaki-kaki bodek ni di tempat kerja korang?

  1. Nak lebih perhatian dari bos - mereka ini mengharapkan sesuatu lebih dari orang lain. seperti ganjaran. Bila dia dah dapat ganjaran yang dia nak, itu seolah-oleh kemenangan besar buat dirinya.
  2. Mahu dirinya yang terbaik dari kalangan pekerja-pekerja yang lain - biasanya suka diri mereka lebih menonjol dan berpengaruh di mata bosnya. Sebab tu dia senang dapat ganjaran seperti naik pangkat atau kenaikan bonus.
  3. Tak tahu buat kerja - kebanyakan mereka memang tak pandai buat kerja. mereka ni hanya berlakon. Bila depan bos, pura-pura sangat buat kerja macam busy gila khinzir. Tapi hakikatnya, sendiri tau.
  4. Suka tengok pekerja lain jatuh - kalau boleh mereka nak kau selalu kena marah dengan bos. mereka akan cuba buat sesuatu supaya korang dimarahi dengan bos.
  5. Meletakkan dirinya sentiasa nombor 1 - biasanya mereka ni perasan sangat yang dirinya sentiasa menjadi nombor 1 di hati bos sebab, bos sentiasa mendengar kata-kata si kaki bodek ni tanpa usul periksa atau tanpa buat sisatan dulu.
Pasti ada dalam setiap organisasi jenis kaki bodek ni, samada nak melayan ataupun tak. Selalunya kami perhati saja, dan bersikap waspada pada mereka. Dulu bekerja dikalangan berlainan kaum, takda istilah kaki bodek, cuma ada istilah, kau rajin kau dapat lebih. sama seperti bonus atau kenaikan pangkat, kau berkebolehan automatik ketua naikkan pangkat.

Jadi, macam mana nak mengatasi masalah orang kaki-kaki bodek ni?

  1. Jangan terlalu percaya dengan dia - Kalau korang ada masalah di pejabat, dan ada rahsia-rahsia, jangan bagitahu pada dia orang ni. Sebab apa? Benda ni semua mesti dia orang adukan pada bos. Kadang-kadang dia orang ni akan menambah cerita.
  2. Buat kerja kita - kita buat je kerja kita, biar je si kaki bodek ni nak cakap apa. Allah pasti akan tunjukkan perkara sebenar si kaki bodek ni walaupun lambat. Buat kerja kita dengan baik dan perform.
  3. Diam lebih baik - orang puji kau ke, kutuk kau ke, diamkan aja. Kita tak react atau bertindakbalas dengan pemainan mereka. Well, dia orang ni suka sangat putar belit cerita sebenarnya.
  4. Jangan tunjuk minat -Kekadang ada sesetengah kawan sekerja kita ni akan datang dekat kita dan akan cucuk kita dengan kisah-kisah gosip yang melibatkan rakan sekerja korang. Hah, kalau benda ni berlaku, sila abaikan or jangan tunjuk respon yang korang betul-betul minat nak tahu dengan lebih lanjut walaupun hakikatnya u really want to know that things.
  5. Beri nasihat - Kalau kau dah dok nasihat dia tapi tak jalan jugak, terpulang pada dia lah, kau jauhkan lah orang macam ni. Janji kita laksanakan tanggungjawab kita. Kan?
  6. Berdoalah - doakan dia semoga dia mendapat keredhaan Allah dan segera bertaubat. Dan kalau korang yang jadi mangsa, doalah banyak-banyak semoga kebenaran terungkai. Doa orang yang teranaiaya ini biasanya dimakbulkan oleh Allah.
Sekian

3 Comments