Recents in Beach

WALL’S DOUBLE DUTCH


Cheat day nak habaq mai. Menjengah ke Giant mesti lalu bahagian ais-krim, teringat Sofia, ibu sambar satu. Sampai rumah sekeluarga serbu. Sofia lagi best, penuh sudu sekali suap. Kena kacang, cokelat chips, melompat-lompat dia sebab ada hasil dalam setiap suapan. 

Sofia ada tonsil, jadi akan kerap sakit jika cuaca tak menentu dan mudah berjangkit kalau sekelilingnya ada orang tak sihat. Jadi atas nasihat doktor, di rumah kena selalu ada ais-krim vanila. Tapi iolls beli ais-krim berkacang, tepuk dahi. Sebab iolls tertarik dengan ais-krim ni masa membeli tadi. Bila sampai rumah, buat muka tak bersalah.

Tonsil ni buat kita nak telan pun susah bila ia menyerang, kalau ada ais-krim ni di peti ais dirumah, senang kerana buat budak yang susah makan bila tonsil menyerang, mereka boleh makan ais-krim ni saja dan memberi sedikit tenaga. Bukannya untuk kecutkan tonsil. Awas!! mitos kalau cakap ais-krim boleh kecutkan tonsil.

Post a Comment

3 Comments

  1. Wowo...ni jangan kata Sofia...acik PC pun boleh berbintang mata nampak ais krim...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..acik pun suka ais krim ya..

      Delete
  2. Ni tak ada tonsil pun rasa nak beli tau

    ReplyDelete