Sakit Kepala & Migrain - Kaedah Rawatan



Bagaimana mengenal pasti migrain:

  • Sakit kepala berdenyut denyut
  • Sakit membabitkan satu kepala atau separuh kepala
  • Dikaitkan dengan loya dan muntah
  • Sensitif kepada cuaca persekitaran, terlalu panas atau terlalu bising
  • Sakit kepala mula terasa apabila melakukan aktiviti luar kebiasaan seperti menaiki kereta untuk perjalanan jauh dan tidur lewat.
  • Sesetengah pesakit nampak titik titik atau corak zig zag sebelum sakit bermula.
  • Sesetengah orang tidak sakit kepala tetapi hanya nampak titik titik, zig zag, silau (okular migrain).
  • Rasa berpusing pusing (vestibular migrain)
  • Sakit kepala ketika datang haid.

Kaedah Rawatan:
Tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dikawal dengan:
  • Anti migrain
  • Perubahan gaya hidup (contoh: memakai cermin mata gelap ketika berada di bawah cahaya matahari)
  • Memastikan rutin dijalani tidak banyak berubah seperti waktu tidur yang tetap.

Sakit kepala jenis tekanan:

  • Kadar kesakitan: ringan sehingga sederhana.
  • Serangan lazimnya berlaku di sebelah petang.
  • Tidak menjejaskan kualiti hidup.

Kaedah Rawatan:

  • Paracetamol
  • Profilaksis untuk mengawal serangan.

Sakit kepala jenis kluster:

  • Kadar kesakitan: sangat sakit
  • Jarang berlaku dengan purata 0.1 peratus.
  • Serangan datang dalam bentuk tetap, contohnya pada Mac dan April.
  • Pendarahan yang besar boleh menyebabkan edema atau bengkak.(perlu dibedah bagi mengelakkan kesan buruk termasuk maut).


Sakit kepala yang memerlukan pemeriksaan lanjut:

  • Sakit kepala disertai demam sehingga lima hari (berkemungkinan berpunca daripada tibi, meningitis atau difteria
  • Meracau-racau.
  • Sakit kepala lebih dua hingga tiga minggu tanpa demam.


11 JENIS MAKANAN PUNCA MIGRAIN & SAKIT KEPALA
1. Pemanis Tiruan (Artificial Sweetener)
banyak digunakan sebagai alternatif bagi mereka yang mengalami diabetes atau yang ingin berhasrat menguruskan badan. Namun menurut Mayo Clinic, aspartame yang menjadi kandungan utama pemanis tiruan ini disyaki menjadi punca sakit kepala.

Kebanyakan makanan segera atau makanan diproses juga mengandungi pemanis tiruan tanpa anda sedari. Antara yang paling biasa mengandungi bahan ini adalah diet soda.

2. Coklat
Bagi kebanyakan wanita, coklat adalah sumber kebahagiaan dan penenang jiwa. Tapi malangnya, coklat mengandungi beberapa jenis kombinasi bahan yang menjadi formula sakit kepala seperti kafein, tyramine, dan phenylethylamine. American Migraine Foundation juga menyenaraikan coklat sebagai pemicu migrain yang kedua tertinggi selepas alkohol.

Jadi, jika anda penggemar tegar coklat dan sering alami sakit kepala, mungkin anda harus cuba mengehadkan pengambilannya dalam diet harian.

3. MSG & Pengawet
Monosodium glutamat atau lebih dikenali sebagai MSG adalah sejenis asid glutamik yang sering ditambah dalam hidangan sebagai penyedap makanan. Walaupun ianya selamat untuk dimakan, sesetengah penyelidik mengaitkannya sebagai pencetus migrain.

Sesetengah pengawet yang terdapat dalam makanan, terutamanya makanan segera atau makanan diproses juga boleh menjadi punca sakit kepala.

4. Pisang & Avocado
Pelik juga bila pisang dan avocado dikaitkan dengan punca migrain, sedangkan ia memiliki begitu banyak manfaat terhadap kesihatan.

Namun menurut Jennifer Kriegler dari Center for Neurological Restoration di Cleveland Clinic, kedua-dua buah ini mengandungi kadar tyramine yang tinggi.

Sekiranya tubuh seseorang kekurangan enzim monoamine oxidase (MAO) atau mengambil ubat antidepressant, ia boleh menyebabkan sakit kepala menjadi lebih teruk lagi.

5. Sosej
Sosej dan daging-daging yang diperap lama untuk mengekalkan warna dan rasanya merupakan salah satu lagi punca sakit kepala. Makanan seperti ini dipercayai membebaskan nitrik oksida ke dalam darah, lalu menyebabkan pengembangan salur darah pada otak.

Menurut Reader’s Digest, terdapat bukti saintifik yang menyatakan bahawa nitrik oksida ini boleh menyumbang kepada migrain.

6. Jeruk
Kandungan tyramine yang tinggi dan menyebabkan sakit kepala boleh terdapat dalam makanan yang melalui proses fermentasi seperti jeruk-jeruk dan kimchi.

Selain itu, keju parmesan, keju feta atau blue cheese turut mengandungi kandungan tyramine yang tinggi.

7. Makanan Masin
Makanan yang ditabur banyak garam seperti kentang goreng atau kerepek boleh menjadi punca sakit kepala bagi sesetengah orang.

Garam atau sodium ini boleh menaikkan tekanan dalam darah lalu menyebabkan sakit kepala atau migrain.

8. Roti
Sakit kepala yang anda alami mungkin juga salah satu simptom alahan terhadap gluten. Gluten adalah produk makanan yang terhasil daripada gandum.

Selain roti, gluten juga biasanya terkandung dalam makanan lain seperti biskut, kuih atau pasta.

9. Kopi
Seperti yang kita tah, kopi mengandungi kafein yang boleh menjadi punca sakit kepala. Tapi mungkin anda terkejut kalau mengetahui bahawa kekurangan kafein juga boleh mendatangkan sakit kepala tersebut!

10. Daging Kambing
Orang kata kambinglah punca utama rasa pening kepala. Sebenarnya, pesakit darah tinggi yang selalu merasakannya kerana ia merupakan tindak balas daging akibat peningkatan isi padu darah apabila memakan daging kambing.

11. Durian
Memang ada orang yang tak boleh makan durian sebab senang kena pening kepala. Walaupun memiliki nutrisi yang berkhasiat. namun durian adalah buah yang tinggi kalori.

Kadar gula di dalamnya juga agak tinggi dan orang Malaysia memang tak cukup kalau makan seulas. Jadi, pengambilannya yang berlebihan secara tidak langsung meningkatkan kadar gula di dalam darah anda dan menyebabkan sakit kepala.

TABIAT PEMAKANAN YANG BAIK JUGA PENTING
Jadi jika anda sering diserang sakit kepala, cuba catatkan semua jenis makanan yang anda makan supaya anda dapat mengenalpasti makanan yang menjadi puncanya. Elakkan makanan yang menjadi suspek dan lihat kesannya setelah anda menghindarkan makanan tersebut daripada diet harian anda.

Selain makanan-makanan di atas, sebenarnya pakar kesihatan mempercayai bahawa tabiat makan anda sehari-hari juga boleh mencetuskan migrain atau sakit kepala. Anda mudah diserang sakit kepala jika anda:
  • Makan tak tentu masa
  • Tak minum air secukupnya
  • Selalu skip makan

Namun seandainya anda masih sering diserang sakit kepala dengan kerap, berjumpalah doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.


Sumber :
1. Berita Harian, Waspada Sakit Kepala Lebih 5 Hari - https://www.bharian.com.my/node/222173
2. Sirap Limau; Makanan Punca Sakit Kepala - https://siraplimau.com/punca-migrain-sakit-kepala-pening/
Sakit Kepala & Migrain - Kaedah Rawatan Sakit Kepala & Migrain - Kaedah Rawatan Reviewed by Shuhaida Saad on 15 November Rating: 5

8 comments

  1. selalu jugak sakit kepala, selalunya sha tidur je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. shu kalau banyak berfikir. hahaha rajin sakit kepala

      Delete
  2. tips yang bagus ni ^^

    ReplyDelete
  3. selalu kalau tak cukup tidur, mmg sakit kepala lahh jawabnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. shu bukan sebab tidur. selalu sebab banyak pikir. hukhuk

      Delete
  4. Bagus perkongsian Shu nie..

    ReplyDelete
  5. Cuaca terlalu panas pun boleh jadi punca kena serangan migrain

    ReplyDelete

Ad Code

Ads 728x90