Recents in Beach

MANUSIA SERING TERLUPA

Selalu kita dengar perkataan ni kan? Boleh dikatakan hampir semua dari kita akan guna perkataan seperti ni. Tapi bila kita akan selalu menggunakannya? Dan dalam situasi yang bagaimana? 

Contoh paling ketara yang selalu kita jumpa:
Masa susah :Man akan call setiap hari memohon agar ibu dan ayah berdoa moga rezeki beliau dimurahkan dan cepat naik pangkat serta dapat berkahwin dengan anak Raja Kapur. Ibu dan ayah tidak berhenti mendoakan beliau. Kerana tidak sanggup melihat anak kesusahan.
Masa senang :
Man jarang balik mahupun telefon ibu dan ayah di kampung yang kunonnya sibuk menguruskan anak dan isteri. Setiap bulan update status bercuti bersama keluarga ke luar negara. Ternampak dek sang adik, terus buat laporan pada ibu dan ayah. Ibu dan ayah sedih.
Masa diuji :
Di saat diuji dengan kesusahan, dan kehidupan berubah kembali ke zaman susah. Sedar. Balik kampung melawat ibu dan ayah sambil memohon keampunan dan bertaubat. 

Itu antara keluarga, begitu keadaan bila diuji dengan kawan-kawan. Kita harus sentiasa beringat dalam keselesaan kita sekarang, ada sedikit sebanyak bantuan dari orang lain. Baik dari segi kewangan, tenaga mahupun kata-kata semangat yang kita terima. Jangan mudah lupa atau buat-buat. 

Dan bila kita yang memberi haruslah sentiasa ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Kerana kalau kita asyik mengungkit, maka habis semua jadi tiada nilai, malah suasana yang tidak selesa pula akan timbul.

Jangan kita selalu lupa akan ini.

Semoga kehidupan kita semua di rahmati. 

Post a Comment

8 Comments

  1. Apa pun keadaan sebolehnya jangan berubah kan Shu...waktu susah ke..waktu senang ke...kalau kita ingat semua Allah punya bila senang kita takkan berubah...insyaAllah.Lebih sedih..bila senang tak pandang pun orang tu..bila susah buat baik dgn org tu sebab nak minta tolong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling sedih bila orang lupa bila dia senang, cari bila dia dah susah. lepas tu lupakan kita balik.

      Delete
  2. betul3.. ekin teringat kawan ekin pernah bagitahu jugakk.. yang manusia ni pelupa.. sebab kita pun lupa apa yang kita lupa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kena selalu mengingati sesama kita

      Delete
  3. Alhamdulillah
    Man sempat memohon ampun kepada orang tuanya dan bertaubat

    ReplyDelete
  4. lumrah setiap manusia, perlu sentiasa diingatkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak, kita kena selalu di ingatkan

      Delete