Recents in Beach

Drama : Cik Cinderella dan Encik Tengku (Episod 1-13)



Drama televisyen yang ditayangkan pada setiap hari Rabu hingga Khamis di TV3 menerusi Slot Lestary mulai 16 Disember 2015. Drama arahan Eoon Suhaini ini merupakan drama adaptasi dari novel "Cik Cinderella dan Encik Tengku" terbitan Karya Seni yang ditulis oleh Airisz. Teraju utama untuk drama ini ialah Zahirah MacWilson dan Shukri Yahaya.

Namaku PUTERI NURAISHA (Zahirah MacWilson). Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha (Puteri Aishah). Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, jadi ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim salam!

Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tak suka. Nama dia Ashraf (Shah Iskandar). Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan Ashraf.

Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opss, TENGKU DANIEL(Shukri Yahaya).. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh!

Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia kata dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah...

Dan dia hantar mesej...

Babe (Dia panggil aku babe).

Ya sayang (Aku panggil dia sayang).

Lunch sama (Dia ajak).

Okey (Aku nak).

Kat mana (Dia tanya).

Ayam Penyet Kelana Jaya (Dalam kepala aku ingat tempat tu saja).

Okey cantikkk... (Dia setuju).

Ya, semuanya cantik belaka. Indah belaka. Tapi selepas itu, semuanya menjadi amat sukar. Aku tak mampu menolak amanat arwah ibu dan aku juga tak boleh lupakan cinta aku terhadap Daniel.

Siapa yang bakal aku pilih antara Ashraf dan Daniel?


Genre : Drama Cinta Komedi
Ditulis oleh : Airisz 
Pengarah : Eoon Suhaini
Pelakon : Zahirah MacWilson, Shukri Yahaya
Lagu Tema : Hey! Kau - Sandra
Episod : 13 episod 
Waktu siaran : Isnin - Khamis 9 malam
Saluran Penyiaran : TV9



Sumber : Youtube

Post a Comment

1 Comments

  1. Drama lama ni. Ingat x ingat cerita dia dah.

    ReplyDelete