Recents in Beach

Cara Hilangkan Batuk Anak

Amat-amat susah hati bila anak tak sihat, terutamanya si kecil. Bila nampak pasif sepanjang hari, ibu mulai risau. Alhamdulillah setelah selesema dan demam beransur pulih, tinggal batuk yang sesekali menjengah anak ibu. Sesekali batuk, sampai termuntah. Ibu is risau. Shu mencuba beberapa kaedah yang telah di berikan dari mak di kampung. Bismillah...


KUNYIT
Tumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung dan dahi anak. InsyaAllah, selepas beberapa kali percubaan, hingus akan kering.


BUNGA BELIMBING DAN AIR BERAS
Ambil bunga belimbing dan campurkan dengan air didihan beras. Tapis dan beri anak minum. Ni shu hanya buat bila ada di kampung, sebab bunga belimbing susah nak cari oi..


LEMON, HALIA DAN MADU
Perah lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalamam di dalam peti ais. Boleh diberi minum kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas.


MANDIAN LEMON
Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.


MINYAK BAWANG PUTIH
Bakar bawang putih. Tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut. Campurkan dengan minyak masak yang belum digunakan. Sapu di dada anak untuk melegakan pernafasan. Ini selalu sangat shu buat sebab itu yang paling cepat dan shu sendiri amalkan sekiranya batuk.


URUTAN BADAN
Rajin-rajinkanlah ibu atau ayah untuk urut anak setiap kali lepas mandi. Ini kerana, anak yang selalu diurut juga sangat mudah dijaga kerana jarang meragam. Tapi harus diingat, jangan mengurut anak ketika dia menangis.

Post a Comment

6 Comments

  1. Bagus perkongsian shu ini.. kena cuba semua sebab kita tak tahu anak kita serasi yang mana kan shu..

    ReplyDelete
  2. petua2 yang bagus diamalkan

    ReplyDelete
  3. Haritu anak syaza batuk2.

    Syaza belikan Tasneem Balm - sapu di dada dia. And syaza breastfeed dia so syaza jaga pemakanan + makan Omega Guard Shaklee. Alhamdulillah lepas tu baik ^^

    Memang susah hati kalu anak sakit. Anak syaza baru 5 bulan ")

    ReplyDelete
  4. LZ jumpa post ini lepas baik dari batuk kira2 2 minggu lalu..
    Batuk tak henti-henti sampai give up dengan segala macam ubat.
    At last elok dengan makan madu. LZ amalkan makan sesudu madu setiap pagi dan malam.
    Alhamdulillah berkesan..

    ReplyDelete
  5. terima kasih pengkongsian ni

    ReplyDelete
  6. terbaek tips ni :)

    ReplyDelete