Recents in Beach

Tips Kesihatan - Ketika Cuaca Panas Dan Kering


Tips Kesihatan - Ketika Cuaca Panas Dan Kering | Berdasarkan laporan ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), negara kini telah berada di dalam fasa Monsun Barat Daya. Fasa Monsun Barat Daya mendominasi keadaan cuaca negara sehingga pertengahan bulan September. Sepanjang tempoh monsun ini, keadaan cuaca yang panas dan kering cenderung untuk berlaku.

Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan bahawa sepanjang Ogos, kebanyakan negeri di Semenanjung akan menerima hujan yang sedikit dan menyebabkan suhu meningkat pada siang hari. Beberapa kawasan dan negeri di Semenanjung Malaysia bakal berdepan cuaca panas dan kering sepanjang Ogos hingga pertengahan September ini.

Kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dijangka menerima hujan pada paras yang normal dengan jumlah di antara 150mm hingga 250mm kecuali beberapa tempat di Perak (tengah hingga selatan), Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka menerima hujan sedikit di bawah paras normal antara 100mm hingga 150mm.

Sebagai penduduk / pekerja yang sentiasa bekerja di luar / site, terdapat inisiatif bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang di ingini. 

Kumpulan Yang Berisiko

  • Terbabit dengan kegiatan fizikal di tapak
  • Berumur 40 tahun ke atas
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan
  • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid

Gejala Atau Simptom Yang Mungkin Berlaku

  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Lemah otot-otot atau kekejangan
  • Mual dan muntah
* Keadaan terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri.

Panduan Am

  • Minum air kosong dengan banyak walaupun tidak terasa haus
  • Minum minuman isotonik. Ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh. Elakkan mengambil minuman berkafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi
  • Seboleh-bolehnya berada di dalam bangunan
  • Kurangkan aktiviti luar
  • Kerap berehat
  • Mandi atau gunakan peralatan pengudaraan untuk menyejukkan badan
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
  • Pakai topi atau payung besar
  • Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa
  • Elakkan membuat sebarang aktiviti pembakaran terbuka di dalam atau sekitar kawasan premis syarikat

Sumber Informasi:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Post a Comment

4 Comments

  1. Terima kasih perkongsian...tekak mudah dan cepat kering...semua kena berjaga-jaga sentiasa...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian ni. Memang betul sekarang ni panas. Kena ambik air dalam kuantiti yang cukup dan kurangkan aktiviti luar.

    ReplyDelete
  3. semoga kita semua diberi kesihatan yg berterusan.. amin..

    ReplyDelete
  4. Kena jaga kesihata masa cuaca panas dan jerebu hari ni. Kena minum air byk dan elak aktiviti luar.

    ReplyDelete