16 August 2018

Selamat Ulangtahun ke-Lima


Selamat Ulangtahun ke-Lima | alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi. genap sudah lima tahun bergelar isteri kepada jijoi. dan 3 tahun menjadi ibu kepada dak sofia. susah senang bersama suami dalam menempuh dugaan bersama. alhamdulillah..


saat-saat sebelum sah bergelar isteri orang. terasa sedih sangat sebab akan berpisah dengan mak ayah. huhu


tapi bila dah sah bertukar status, hamik kau. perangai macam-macam dah keluar. nasib lah abang sepupu yang rajin melayan pengantin tak reti bergambar ni. haha alhamdulillah majlis berakhir dengan baik dan teratur.


orang tua-tua cakap inai tak merah suami tak sayang. tau tak kami sekampung berhempas pulas letak macam-macam dalam inai tu supaya merah. rupanya daun inai tu memang jenis tak merah. Allah.. bertabahlah memasing. peristiwa yang paling seronok bila di ingat kembali.

paling suka, mekap masa nikah. mak shu pun suka. sekarang ni gambar ni hanyalah kenangan, fizikal sebenar jauh panggang dari api. MasyaAllah.. berisi. :D kbye!

7 comments:

  1. Selamat ulangtahun perkahwinan Shu...moga terus bersama untuk hari-hari mendatang ya hingga syurga-Nya...امین

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin. terima kasih kak PC :D

      Delete
  2. Selamat ulangtahun perkahwinan shu 5 tahun.. Beza setahun dengan cik ash hihihi.. Cuma belum ada rezeki zuriat lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. terima kasih cik ash.

      insyaAllah akan ada rezeki tu cik ash, sentiasa positif dear. :D

      Delete
  3. hahahaha lawak lah, sekarang ni nasib dah ada inai instant tu. nak hitam ke merah semua ada. Cantik je gambar kahwin tu posing letops

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. penat tau nak bagi merah. hahahhaa

      Delete
  4. Selamat ulang tahun shu.. Semoga bahagia hingga ke Jannah.. Aamiin..

    ReplyDelete