Recents in Beach

Selamat Ulangtahun Ayah

sumber : google

Selamat Ulangtahun Ayah | Ya Allah.. bulan ogos ni bulan kelahiran anak beranak ni. satu keluarga 3 orang sama bulan. iaitu shu (04), ayah (14) dan abang (17). lusa (16) adalah ulangtahun perkahwinan shu pulak. hihi alhamdulillah. kalau nak beli kek, 3in1 saja kek nya. jimat majlis. hihi memandangkan kami berjauhan, tunggu balik nanti baru makan-makan bersama. huhu

dari kecik shu dan ayah sekepala. rajin ayah melayan anak perempuan sorang dia ni, p balik sekolah hantar shu, dari tadika hingga ke sekolah menengah. sakit demam ayah bawak ke klinik. nak exam ayah yang kelam kabut ajak p cari alat tulis. bersusah payah ayah untuk anak dia. sekarang bila anak dia dah besar dan dah berkahwin, terpaksa berjauhan dari keluarga.

pagi tadi call ayah, tak jawab. call mak, buat ucapan untuk ayah melalui fon mak. tersenyum simpul beliau. yelah mak pun buat-buat lupa. rupanya terlupa sekali birthday anak dia. hahaha sibuk bebenor jaga cucu dia. hahaha sentap! :D apa-apapun, terima kasih mak sebab melahirkan anak perempuannya. dan terima kasih ayah membesarkan shu.

Post a Comment

3 Comments

  1. Selamat hari lahir Shu, ayah dan adik beradik. Semoga dimurahkan rezeki dunia akhirat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin. terima kasih dear :D

      Delete
  2. semoga ayah dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete