Recents in Beach

Luncheon at JomBali


Luncheon at JomBali | hari terakhir untuk minggu ni. harini nak cerita lunch makan di JomBali dengan officemate. harini tanak window shopping, keluar semata-mata nak p lunch. hihi

Nasi-Goreng-Thai-Seafood-Spicy

Nasi Goreng Thai Seafood Spicy RM14.90, nasi goreng ni banyak jugak seafood. cuma pedas rempah macam tu. shu ingatkan pedas sungguh, sebab spicy kan. portion besar lah. ada sikit papadom. 

Cheezy-Baked-Rice-BBQ-Honey-Chicken
Cheezy Baked Rice BBQ Honey Chicken RM15.90, rasa nasi goreng bersama ayam dan cheese, manis-manis gitu. kalau penggemar cheese boleh cuba menu ni. nasi gorengnya cukup rasa lah. sesetengah tempat lain chefnya. kalau nak cuba rasa macam yang shu cakap ni, kena mai Tesco Kajang ya. hehe

Kedondong-Asam-Boi

Kedondong Asam Boi RM8.90, selalu kita order apple asam boi. kali ni cuba kedondong pulak. rasanya pahit + asam. masam-masam manis + pahit sikit. hihi layan lah.

Honey-Barley-Lemon

Honey Barley Lemon RM6.90, untuk cuaca sekarang ni amat sesuai untuk minum air ni. terbaik.


antara cawangan JomBali, seperti berikut :
  • NSK Kota Damansara
  • Tesco Kajang
  • Aeon Big Wangsa Maju
  • Aeon Big Wangsa Maju (Jom Western)
  • Tesco Puchong
  • Citta Mall
  • Tesco Mutiara Damansara
  • Wangsa Walk Mall
  • SACC Mall
  • Putrajaya
  • Ampang Point
sumber gamber : JomBali

Post a Comment

0 Comments