4 July 2018

PENGASUH KEJAM, IBU AYAH TAK BERHATI PERUT


Innalillahiwainnailaihirojiun | tiada kata yang terungkap untuk arwah adik Adam ni. semoga awak tenang di sana. dan semoga kedua ibu ayahnya kuat untuk hadapi ujian yang datang. shu dengar cerita ni melalui wife office-mate, masa cerita tu pun dia kelihatan sebak, inikan pulak ibu kandung.
 
kebelakangan ni terlalu kerap kes melibatkan pengasuh. bukanlah nak letakkan persepsi negative kepada mereka, sebab shu pun hantar dak sophea ke rumah pengasuh. ada pengasuh yang memang minat terhadap kanak-kanak, ada yang memang untuk mencari sumber income. dan ada yang takda pilihan dan terpaksa mengasuh anak orang.
 
yes! semua ibu nak jaga dan tengok anak membesar di tangan dan depan mata mereka sendiri. janganlah keterlaluan dalam memberi pendapat. macam keadaan bf anak dengan ibu yang tak bf anak. dah puas mengurut, susu tak keluar, takkan nak potong? shu pernah merasai stressnya bila orang cakap ibu tak bf anak ni macam useless. hrmmm anggap saja itu ujian dari Allah S.W.T buat shu.
 
shu dan suami pernah alami masalah dengan pengasuh dak sophea sebelum berjumpa pengasuh terbaru ni. tengok luaran ok. namun, setiap kali balik dak sophea pasti mengigil kelaparan. tak sempat kita tukar baju kerja. pernah shu ternampak sabun mandi dak sophea di luar rumah. katanya dak sophea taknak mandi dalam rumah padahal baru setahun masa tu, cakap pun tak boleh, cuba bayangkan kalau tengah panas buka paip air diluar rumah. dan banyak lagilah. namun, kebetulan jijoi buat operation ACL terpaksa hantar dak sophea ke kampung sebulan. dalam tempoh masa tu kami mencari pengasuh baru. dan Alhamdulillah jumpa.. sehingga sekarang, jijoi berpuas hati dengan pengasuh baru ni.
 
tolong lah para ibu dan ayah yang Allah permudahkan urusan mereka dapat membesarkan anak-anak di depan mata sendiri, jangan bandingkan kami yang bekerja untuk membantu suami dan menyara keluarga atas sebab mereka yang tersendiri. ada suami yang tak berupaya dari segi fizikal, si isteri terpaksa mencari rezeki. lain-lain ujian Allah datangkan, tolong tolong tolong jangan samakan semua ibu dengan diri masing-masing.
 
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

8 comments:

  1. Liez tak sanggup nak baca.. Allahuakbar...manusia makin hilang kewarasan..
    apa la yang dilalui arwah tu..tUhan saja yang tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebak baca. dan Allah sayangkan arwah dari tersiksa di dunia, berbahagia dia di sana.

      Delete
  2. Bukan semua pengasuh tak berhati perut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang pengasuh memang suka budak-budak. alhamdulillah.

      Delete
  3. sedih masa baca pasal kes baby ni :(

    ReplyDelete
  4. sedih dengar berita ni..

    ReplyDelete
  5. Tak sanggup bila baca berita ini.. Memang bersyukur sangat dapat pengasuh yang sayangkan anak kita..
    Yang bercakap tanpa berfikir nie kadang-kadang kawin pun belum.. Kononnya hebat sangat.. Geram pun ada dibuatnya..

    ReplyDelete
  6. Anak-anak aoda membesar di tgn pengasuh & taska.
    Allah Maha Tahu betapa risau hati ni.
    Tapi, alhamdulillah mereka membesar dgn baik & selamat, Shu.
    Kita kena sentiasa berdoa dan yakin.
    Kena amik tahu. Kena kenal pengasuh / cikgu2 taska.

    ReplyDelete