19 July 2018

MEMORI TIGA TAHUN LEPAS


memori tiga tahun lepas | tetiba moment dalam fb keluar gambar anak cantik manis ibu, dak sofia ni. sudah tiga tahun lima bulan sudah anak ibu ni. kejap saja masa berlalu, terasa baru saja lepas berpantang. eh!

dengan bantal busuk dia tu sampai sekarang masih ada, bangun tido ibu tak boleh kemas bantal busuk tu, dia sendiri akan kemas. nak tido pun dia sendiri setup tempat tido. kalau ibu nak tengok dia moody pagi-pagi ni, cubalah kemaskan. tak memasal masuk office lambat. 

kalau nak sofia ok pagi-pagi, caranya, ibu kejutkan dan cakap "kakak bangun, kemas bantal semua, ibu nak kemas tempat tido". zupp! terus bangun kemaskan bantal masam dia.

ciri-ciri anak sulong sudah ada, nak bancuh susu nak cedok nasi dan lauk sendiri semua sudah ada, cumanya nanti bersepahlah meja. kadang-kadang shu monitor sofia bancuh susu, part air panas shu kena tolong. sambil bancuh susu, mulut pun sama naik bunyi. :D kalau dia ke rumah pengasuh "ibu susu" dia, mau boring ibu dan ayah, sunyi sepi.

4 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih sis shahida :D sekarang dah besar dah. banyak cakap. hehe

      Delete
  2. alahai...
    comel anak dara ni dulu2 ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. macam ibu dia tak comel tu? hahaha

      Delete