14 July 2018

KERUSI YANG PENCEN - KESIAN KERUSI

sumber google

Hantu di siang hari | pertama sekali ada tak sesiapa pernah alami atau merasai pengalaman kerusi office atau di rumah berkeadaan seperti di atas? bukan nak cerita punca dan asbab keadaan kerusi yang nazak ni. mungkin puncanya adalah kerusi hampir nak pencen dah, office cepatlah tukar, sebabnya kerusi ni ramai orang nak duduk. 

ceritanya beberapa minggu yang lepas, kitorang kena buat overtime seminggu sekali secara rotate. awal sejam dan lewat waktu kerja sejam. memandangkan minggu lepas turn kawan shu, A. kebetulan ada staff sorang (B) balik lewat, maka tinggallah mereka berdua di office. agaknya hampir ke pukul 5.40 petang, tengah berborak terdengar bunyi ada benda main pintu almari kayu. katanya.

disebabkan B ni sorang lelaki, make beliau beranikan diri check di pantry dan bilik file. takda apa-apa weyh. mula lah A & B tak senang duduk. 

minggu ni turn C buat ot. haritu pulak office sunyi, sebelum balik, A datang tanya C. "ada benda menegur kau tak?". kau rasa C ni dah macam apa? ahahaha.. keesokkan harinya, A datang bercerita di office, pasal kejadian minggu lepas. bunyi pintu almari kayu.

tapi, adalah setengah officemate cakap, takkan. dan kemungkinan yang pasti mungkin sebab kerusi di atas. korang pernah alami tak? bila kita duduk, tempat duduk ni akan kebawah , bila korang bangun, 10 minit kemudian tempat duduk ni melantun naik? itulah pendapat setengah officemate. dan kerusi tu di meja sebelah shu!! hihi

cubalah korang imagine, kerusi ni melantun, dan dia terletak bawah meja kayu. bunyi tak "pintu kayu" tu? kuat beb, shu pun melatah. hoho jangan weyh, terkejut beruk kalau dia melantun. naya oo.. betul-betul test kekuatan jantung masing-masing. semoga pihak office cepat-cepat tukar kerusi baru.

dan yang paling pasti, baca dan amalkan surah-surah agar diri kita dilindungi dan dipelihara oleh Allah S.W.T. 

12 comments:

  1. kalau MB dah cabut balik rumah terus. hehehee

    btw MB follow shu #1750

    ReplyDelete
    Replies
    1. janganlah,hahahahaha nanti turn shu, seram sejuk jugak nak layan.. hihi

      Delete
  2. Replies
    1. janganlah.. shu pun risau bila nanti kena turn shu. hahaha

      Delete
  3. selalu jugak bila kerusi tu melantun naik sebab gemuk kan memang dashat jugak bunyi dia :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sakit jiwa bila pikir balik

      Delete
  4. hmmmmm...
    nyesal plak baca citer antu ni.
    iolls is penakot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni bukan cerita hantu betul2. ni hantu kepala hitam hahaha

      Delete
  5. Ahahahaha..masuk akal jugak tu. Hipotesis diterima :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita cuba positifkan diri sis.. hahahahahahahahaha

      Delete
  6. Replies
    1. positif positif sis azah :D

      Delete