Recents in Beach

INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN



We belong to God and to Him we shall return | frasa yang umat Islam bacakan apabila seseorang dilanda malapetaka dalam hidup, dan melibatkan kematian seseorang. ianya juga dibaca dimana-mana keadaan yang melibatkan pelbagai jenis risiko. biasanya diterjemahkan "Sesungguhnya kita milik Tuhan, dan kepada Tuhan jualah kita kembali."

sebagai umat Islam kita percaya bahawa Allah Maha Esa. dan berserah diri kepada Allah serta bersyukur atas ketentuan Illahi. pada masa yang sama kita sabar dan redha.

ceritanya semalam, masih di tempat kerja shu terima panggilan telefon dari jijoi. beliau eksiden, luluh jantung bila dengar, tapi dia tau isteri dia ni jenis cemas, jadinya dia cakap semuanya ok, tunggu di rumah mak mertua untuk ke hospital. terus shu tinggalkan kerja.

sampai di rumah mak mertua tengok beliau masih pegang dada sambil borak dengan kawan di depan rumah. bawak jijoi ke Columbia Asia yang terdekat, x-ray tengok takda retak mahupun patah. alhamdulillah.. mungkin trauma jatuh lah. kalau keadaan berlarutan, shu minta jijoi p double check semula di klinik pula harini.


Post a Comment

5 Comments

  1. Allahu...moga tak ada yang serius...

    ReplyDelete
  2. harap tak ada yang serious, risau jugak kalau dapat berita macamni

    ReplyDelete
  3. Allah.. semoga semuanya baik-baik sahaja.. Aamiin..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah xda apa2 yg serius.. semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete