HARI KEDUA AYAH MENGASUH - ShuhaidaSaad

19 Jul 2018

HARI KEDUA AYAH MENGASUH


Hari Kedua Ayah Mengasuh | semalam hari kedua duduk dengan ayah dia. ayah pun masih tak sembuh sepenuhnya. bersama anak sulong kesayangan dia tu, anak behave ayah pun suka lah bawak ke mana-mana. ibu masuk kerja seperti biasa, sebab ayah tak nak susahkan ibu. semalam depa berdua p mendobi. ada playground, sambil tunggu siap mendobi, dia main tak hengat dunia. 


disebabkan ibu tapau baju seksi untuk dak sofia pakai main-main di rumah tok. sekali ayah dia pakaikan baju tu bawak p jalan-jalan. dah macam anak mat salleh dah. di tambah boleh bermain dengan kawan baru kemain seronok dia.


lepas selesai bermain, p lah makan nasi dengan ayah sambil rambut dah macam mak limah sudah. balik rumah mulalah cerita semua aktiviti dia dengan ayah sepanjang hari. ibu dengar sambil jeles. hahaha

4 comments:

  1. Alhamdulillah...ibu jeles tapi senang hati kan....kan...kan..lega.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah jeles pun senang hati sebab diorg berdua ni makan on time.

      Delete
  2. Semoga kedua-duanya diberikan kesembuhan.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.. terima kasih sis :D

      Delete