Recents in Beach

GIVEAWAY 'NAK HADIAH, JAWAB DULU' BY OMBAKBERGIGI


APA YANG PERLU ADA DALAM SEBUAH PERHUBUNGAN | dalam setiap perhubungan apa yang perlu ada adalah :

Kepercayaan terhadap pasangan masing-masing, contohnya kalau kita asyik berprasangka buruk saja pada pasangan, itu sangat annoying lah. bagi shu, selagi pasangan kita tak berlaku curang, tak buat perkara yang bertentangan agama, perkara yang memalukan, serta yang boleh mengancam ketenteraman shu, buatlah. sebab orang lelaki ni, lagi kita sangsi lagi diorg cepat bosan.

Jangan terlalu bergantung pada pasangan, maksudnya kalau nak p beli pampes anak pun terpaksa minta tolong pasangan belikan. bukan pampes anak saja, pampes sendiri pun. sekurang-kurangnya independent sikit. melainkan hal tu terpaksa perlukan pasangan barulah libatkan. kalau tengah bercinta ke, elakkan lah kebergantungan pada couple. kalau tak boleh drive, public transport kan ada. alaa.. macam lah masa bujang kita tak pernah p mana-mana sorang. bukan apa, tak kesian ke pasangan rushing balik terkejar-kejar semata-mata nak belikan pampes?

Saling melengkapi, jangan sesekali bandingkan pasangan korang dengan pasangan orang lain. itu berdosa, sebab tak bersyukur dengan apa yang ada. contohnya, isteri A ni manja tak reti masak, pandai mengemas, isteri B ni independent, pandai masak, tapi lintang pukang rumah. jadi masing-masing ada kelebihan dia. A kenalah belajar masak nak tolong isteri yang tak pandai tu, bukan nya p cari tukang masak baru. B pulak tolonglah kemas rumah, dah isteri masak sedap-sedap bagi makan.

Menjaga aib pasangan. Wajib ya untuk menjaga dan menutup aib pasangan korang. jangan nak membawang sangat walaupun pada mak sendiri pasai kekurangan pasangan kita. esok lusa termalu sendiri. kalau ada masalah, eloklah bawa berbincang ya.

Ok, sekian. :D kbye!


Syarat-syaratnya :

Tarikh Tutup :
2 Ogos 2018

Post a Comment

5 Comments

  1. Keempat-empat point aida sokong.
    Harus ada bagi relationship yg mantop.

    ReplyDelete