RAMADHAN KE-ENAM


Enam Ramadhan | orang tua-tua cakap jangan menghitung hari berpuasa. mak shu cukup marah kalau shu dok mengira hari berpuasa. hihi benarlah, kalau kita menghitung terasa lambat nak berbuka. tapi kalau tak menghitung, sedar tak sedar sudah sampai ke penghujung, macam sedih pulak nak tinggalkan ramadhan ni. jadi sekarang ni, shu hanya tengok di kalender untuk update status ni. kahkah.

kalau korang perasan, semua entri resepi masakan shu, semuanya berkaitan ayam. yelah. sebenarnya shu memang penggemar makanan laut. tapi disebabkan jijoi tak makan makanan laut, jadinya shu pun kurang masak makanan laut di rumah. boleh di kira berapa kali sebulan. harini ada pasar malam, ingat nak mencuba makanan laut pulak sikit. udang, sotong, ikan. perghh. jijoi mesti pening nak makan apa.

tahun ni tahun masak nasi berbuka di rumah. di sebabkan nak berjimat dan yang lebih penting, makanan yang kurang bahan perisa tambahan. setakat harini, baru 2 kali jijoi beli kuih di bazaar. 
RAMADHAN KE-ENAM RAMADHAN KE-ENAM Reviewed by Shuhaida Saad on 22 May Rating: 5

4 comments

  1. Mama PC pun pesan...jangan dihitung je Ramadhan...sebab tahun depan belum tentu jumpa ramadhan...nikmati...hehe.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. dah 6 hari.. rasa macam baru je semalam first day :)

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  3. Tak sedar, dah 6 hari berlalu..

    ReplyDelete

Ad Code

Ads 728x90