Happy Mothers Day, mak

by - 14 May


Selamat Hari Ibu | kemarin takdan nak update blog sempena hari ibu. yang  shu panggil mak. mak lah ratu hati shu. 

dulu masa kecik shu selalu jatuh sakit, di saat sakit demam maka dialah orang yang rajin picit dan jelum kepala shu walaupun terpaksa bersengkang mata tengah malam. masakkan makanan kegemaran bila anak-anak sakit. masa tak sakit makan ja apa ada.

masa berpantang, maklah orang paling busy sebab dapat cucu pertama. anak pulak berpantang di rumah. di rebusnya air herba semua setiap hari bermandi air herba. waktu makan masa berpantang di jaga. semualah sampai shu habis berpantang.

lepas tu mak nak jaga dak sophea selama 3 bulan di kampung, jadinya shu balik kl dengan jijoi. setiap hari mak update perkembangan dak sophea. sudah di jaga kami 3 beradik dulu, sekarang dia nak jaga pulak cucu pertama. bila cucu sudah besar, baru bagi kepada pengasuh. katanya dia tak harap orang jaga cucu dia yang masih kecik.

berharap sangat shu dapat beri kesenangan dan ketenangan kepada mak dan ayah untuk depa isi masa di usia hampir senja ni. walaupun tak banyak, harapan semoga depa gembira.

mak shu sekarang nun jauh di kampung, semalam call 3,4 kali tak berjawab. maybe busy. semalam juga antara jam 11 pagi, bapa saudara shu telah kembali mengadap Illahi kerana kanser paru-paru tahap 4. seluruh ahli keluarga bersedih. Al-Fatihah.




You May Also Like

5 comments

  1. Selamat hari ibu. Deep condolences for you and your family for your loss..

    ReplyDelete
  2. Selamat hari ibu juga buat sis..

    ReplyDelete
  3. selamat hari ibu untuk shu dan mak shu & salam takziah atas pemergian pakcik tercinta

    ReplyDelete

You can say anything but please dont hurt me. Thank you