0027 PINK SATURDAY - ShuhaidaSaad

7 Apr 2018

0027 PINK SATURDAY


Happy Sabtuday | setiap hari sabtu minggu pertama wajibul kerja halfday. kemain liat nak bangun sebab nampak dua manusia dok rileks di rumah. seorang tu kemain tidur tak sedar ibu dia nak p kerja. hope bila bangun tengok ayah dok cakung di rumah, tak kalut cari ibu lah.

kebetulan harini hujan renyai-renyai, lagi lama dak sophea tu tidur. bangun mintak ayah bancuhkan susu, sambung tidur balik. kompom.

sampai di office hanya beberapa orang saja office mate yang mai, boss hajak shu p minum di luar. bolehlah nak mengular. hahaha sambil drive sambil borak, oklah takda kaku sangat. masa ni lah nak rapatkan hubungan staff dan boss. nasib boss perempuan, kalau boss laki, dah orang lain pikir macam-macam.

disebabkan sudah makan mee goreng tapau dari rumah, minum air teh o ais jawabnya. gila hujan-hujan minum ais. borak punya borak, dapatlah kenal boss shu serba sedikit. tak kenal maka tak cinta. :D

4 comments:

  1. best kan kalau borak dengan boss, lagi best bila dia belanja makan :D

    ReplyDelete
  2. Hari sabtu kalau kena keja mmg la liat huhu. taktau nak habaq cmna huhu

    ReplyDelete
  3. selamat bekerja...hehe

    ReplyDelete