Recents in Beach

Day 3 – Your idea of the perfect first date


Your idea of the perfect first date | pertama sekali haruslah meminta izin mak ayah shu dulu kan sebelum keluar berdating. disebabkan berjauhan, shu dan jijoi boleh dikira berapa kali berdating sebelum kami bertunang. hihi kenal sesama sendiri lebih melalui call dan "YM - yahoo massenger.

kedua, elakkan berduaan. shu dan jijoi berjumpa di Times Square dengan 3 kawan shu, dan 3 kawan jijoi. dah macam perjumpaan kawan sekelas lagaknya sebab kalau berjalan sekelumpok sekali. hihi nak bercakap pun malu-malu kucing lagi, walaupun penakut kucing.

sebenarnya shu bukan kategori nak susun rapi perjalanan setiap benda. shu ni jenis asal boleh saja. hahaha jijoi selalu plan semua ni. nak pakai baju warna apa, nak pakai kasut apa, dan banyak lagi. bagi shu, pakai selipar pun kasut dan boleh bergerak sudah cukup. hahaha

teringat first date dulu, shu pakai baju hitam bertudung pink. kebetulan jijoi pakai baju meron. warna ala-ala merancang. sebenarnya memang tak merancang pun. yang kebetulan tu sebenarnya terbaik. lagi banyak ter ter ter tu yang sebenarnya best. 

sebab setiap kali rancang mesti akan tak jadi! :D 

Post a Comment

2 Comments

  1. eh terbalik! Kalau nak keluar dia tak pernah plan nak pergi mana. Kadang kalau dia plan pun kejap lagi mesti berubah.

    ReplyDelete
  2. seronoknya..kalau ter ter ni..heehhe

    ReplyDelete