Jom Sihat bersama Kevin Zahri - ShuhaidaSaad

21 Mar 2018

Jom Sihat bersama Kevin Zahri


Jom Sihat bersama Kevin Zahri | pada awalnya shu hanya menggantikan office-mate sebab tak dapat attend program ni kemarin. office-mate shu baru lepas cabut gigi. kebetulan memang shu taktau apa kebenda program ni sebab first time join. jadinya ikut sajalah. hihi

program bermula jam 8.30 pagi. alhamdulillah selamat sampai jam 8.21 pagi. tu pun bagai nak tercabut jantung takut lambat. sebelum masuk ballroom dah nampak sarapan pagi. ok jamah dulu, lapaq. habis tu Kevin Zahri sampai, bergambar dulu sekeping dulu.

sesi bermula, Kevin sebagai motivator, terangkan cara amalkan gaya hidup sihat. sebagai orang yang kunon nak kurus ni kenalah bagi sepenuh perhatian. kami juga di ajar cara squat dan sit-ups yang betul dan tidak memberi tekanan kepada bahagian belakang badan.

program jom sihat tapi makanan yang disediakan terlalu sedap. bukan salah diorang, salah sendiri. haha masa lunch sudah bantai nasi kambing, ayam, ikan, sotong segala mak nenek. pencuci mulut pelbagai jenis kek. agak bila dah insaf, makan kuah spaghetti saja.:D minggu depan lah berdiet. hihi

target nak turunkan berat 12 kg selama 6 bulan ni, semoga harapan menjadi harapan. :)


orang tua-tua cakap rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. haa mana rezeki kita tolak masuk perut semua. :)

4 comments:

  1. hahahaha memang sedap! Jom la kita turunkan berat. 6 bulan tu lama tu mesti boleh punya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah harap-harap mampu :)

      Delete
  2. wahh bestnyaaa! program ni free ke berbayar kak? alaa buat lah satu entri macam mana cara sit up & squat dengan betul. saya nak check juga betul ke tak cara saya selama ni hahaha.

    dan makanan-makanan tu ya ampunnn! sedap nya! hahahaha. haruslah jangan ditolak. rejeki makanan :D

    ReplyDelete
  3. seronoknya...boleh kuruih cepa la gini..caiyok2 kak!

    ReplyDelete