10 March 2018

Doktor Muda Sophea


doktor muda Sophea | kemarin masa lunch, kami keluar makan di Aeon Big dekat dengan tempat kerja tu. office-mate bershopping pakaian anak masing-masing, kami pulak ternampak mainan doktor ni. terasa nak belikan dak sophea ni mainan.

habis waktu kerja, ambik dak sophea di rumah pengasuh, beriya ibu nak salam dia, sekali dia terkam mainan dulu. hahaha :) bertabahlah ibu. sampai di rumah terus buka mainan dan main tanpa hiraukan ibu. ok ibu is sentap!

di rumah pengasuh seharian tak tidoq, bila balik rumah segar bugar mata dia dapat mainan. kisahnya ibu dan ayah jadi patient. kejap sakit perut, kejap sakit tangan, kaki semua ada. :) ceritanya patient doktor Sophea tertido, hahaha tinggal ayah dok melayan sampai pukul 11 malam.

No comments:

Post a Comment