Day 11 - Your Siblings


3 beradik | sebenarnya kami tak ramai adik beradik. 3 beradik saja termasuk shu sendiri. ada seorang abang, dan seorang adik lelaki. kisahnya shu seorang anak perempuan. beza umur kami tiga beradik agak jauh, 4 tahun dengan abang, 6 tahun dengan adik.

masa zaman kecik-kecik tak terasa sangat sunyi tu sebab rumah kawan sebelah-sebelah saja. balik rumah hanya untuk makan, mandi dan tido. haha macam hotel. :) bila dah meningkat remaja, masing-masing sudah ada haluan sendiri, mak dan ayah pulak sunyi. huhu nasiblah abang tinggal bersama mak dan ayah, bila berkahwin pun masih bersama mak dan ayah.

shu lepas SPM sambung belajar di Segamat, then dapat kerja di KL, berkahwin dengan orang Selangor, dah duduk di Selangor. sekarang kerja pun di Selangor. jijoi saja kerja di KL. adik pulak lepas SPM masuk tentara, posting nun jauh di Sarawak. memang jauh lah.

alhamdulillah, masing-masing sudah berumah tangga. dan ada seketul anak. kecuali adik shu, yang dalam progress. hikhik insyaAllah tahun ni ada ahli keluarga baru. mak dan ayah tak terlalu sunyi bila ada cucu di sisi. cucu sulung, dak sophea jauh. video call saja.

ok sekian pasal adik beradik shu. nak tanya bolehlah.. hihi
Day 11 - Your Siblings Day 11 - Your Siblings Reviewed by Shuhaida Saad on 13 March Rating: 5

No comments

Ad Code

Ads 728x90