Day 04 - What You Ate Today

by - 06 March


Nasi Lemak | entry ni tak boleh nak type awai-awai sebab dah mention "today" kan. jadinya lepas balik kerja, siap makan malam, baru update. masalah sekarang, bila dah dinner, terlupa nak snap gambar, makanan sudah terhadam baru nak buat entry. jadi, terimalah gambar dak google.

marin ternampak kawan update buat nasi lemak pandan tu. tak tau lah gambar tu nampak menyelerakan ataupun memang makanan tu sedap. teringin sampai tidoq malam mengigau. hik! muhung hat ni.

balik kerja, singgah beli santan, dengan daun pandan. semuanya sudah ada di rumah. bersilat di dapur kejap, haa siaplah nasi lemak putih kami. malaih la nak buat jadi warna hijau, satgi kami yang hijau. selalunya hari bekerja memang kami tak berani nak cuba resepi baru, bukannya apa, takut tersalah bahan, cirit-birit esok pakat berkampung di klinik. ini kes aniaya.


You May Also Like

4 comments

  1. wuu tadi baru ja makan dua bungkus nasi lemak hehe by the way dah follow sini :D

    ReplyDelete
  2. eh pagi tadi pun menu nasi lemak jugak. :D

    ReplyDelete

You can say anything but please dont hurt me. Thank you