Amber yang Gemuk - ShuhaidaSaad

12 Feb 2018

Amber yang Gemuk


haritu ibu beli biskut yang ada gula ni, dak sophea ni suka tengok warna-warni. tertariklah dia nak beli jugak. ok ibu belikan dia.

sampai di rumah dia terus mintak ibu bukakan plastik, sebab nak makan sambil tengok tv, katanya. ibu pun pesanlah "jangan makan gula yang warna-warni tu sebab manis, nak gigi rosak". terus shu buat kerja di dapur tanpa follow up dia. dengar sayup-sayup dak sophea cakap "yela ibu, sophea tak makan yang warna-warna ni, amber yang makan ye?"

lama shu datang jenguk apa dia buat, diam saja. sekali tengok dak amber ni memang tengah makan gula warna-warna ni. nasib lah kau amber dapat kakak sophea. gemuk dak amber lepas ni. lepas tu dah tinggal sikit, mula lah sepahkan biskut tu.

1 comment: