Sophea Setia Bersama Mead Johnson

by - 21 January

alhamdulillah masih dapat bernafas pada hari ini bersama dengan keluarga tercinta. harini anak ibu sudah menginjak umur 2 tahun 11 bulan. pada masa yang sama, meningkatlah umur ibu dan ayah. huhu tapi ibu masih rasa ibu di awal 20-an lagi. :)


ini jugak bermakna, sudah hampir 2 tahun anak ibu setia dengan susu Enfagrow A+ Step 3. antara perisa kesukaan anak ibu adalah perisa ASLI. kerana Vanila terlalu manis untuk Sophea. masih setia ok masih setia.




terbaru, enfagrow dengan MFGM Complex, 105mg DHA, dan banyak lagi kebaikan yang terdapat didalam setiap bungkusan susu formula ini. 


masih ingat lagi ibu pernah beli perisa vanila disebabkan takda stok masa tu, terus Sophea tolak susu. terpaksalah ibu cari perisa ASLI tuh. bertabahlah ibu. peringatan untuk ibu agar tak sesuka hati beli walaupun brand sama, perisa lain. sebab anakmu cerewet. huhu


untuk pengetahuan, kita boleh sign up untuk Enfamama A+ Club. dari situ banyak benefit yang ibu ayah dapat. antaranya adalah seperti mainan di bawah. haa.. permainan ini menguji/mengajar anak mengenal pasti warna, dan bentuk. 


Shu sign up masa beli susu Sophea dipasaraya tempoh hari. ada akak tu tolong registerkan. dalam masa seminggu shu dapat call dari Mead Johnson akan call dapatkan detail dari kita. kemudiannya kita akan dapat sekeping surat melalui pos.




next post Shu akan cerita kejadian bungkusan aluminium susu (kotak) terkoyak.


You May Also Like

0 comments

You can say anything but please dont hurt me. Thank you