Roti Cicah Sirap Ais

kisahnya petang tadi penat berjalan-jalan, singgah kedai mamak untuk minum petang. siap beli roti untuk minum petang. gayanya macam berkelah, padahal di kedai mamak saja. sebaik minuman yang di order tadi sampai, maka dengan rakus dua beranak ni ambil roti cicah dengan sirap ais. nikmat sungguh rasanya. hihi




untuk kami berdua, itu adalah perbuatan normal. tapi tidak bagi ayah nya, itu adalah ganjil dan pelik. :) mungkin ayahnya belum sertai team ibu dan anak ni lagi. perlahan-lahan kita invite ayah masuk team kita ya sophea. hihi


masalahnya budak sebelah tu perhati saja sophea makan macam tu, teringin lettew. bila nampak shu nak snap photo, terus dia pandang ke tempat lain. hehe pada shu, kita ke mana-mana dengan diri kita sendiri, takyah jadi orang lain, atau tahan diri dari melakukan aktiviti yang kita suka, sebabnya tak semua orang suka dengan kita, dan tak semua orang tak suka kita. 


janji hidup happy dan kita enjoiiii...!


Roti Cicah Sirap Ais Roti Cicah Sirap Ais Reviewed by Shuhaida Saad on 06 January Rating: 5

2 comments

  1. Betul! Yang penting kita jadi diri sendiri jangan nak hipokrit sangat ✌️

    ReplyDelete
  2. betul2. sebelum kahwin sampai lah sudah berkahwin, macam tu lah shu

    ReplyDelete

Ad Code

Ads 728x90