30 January 2018

Rambut Baru Kontroversi



alhamdulillah.. bila seharian di rumah, ibu dengan sophea pun boring, maka jadilah aktiviti potong rambut anak sendiri dan berjalan-jalan berdua. 

tengok rambut sophea kemain panjang di depan, ibu pun naik rimas. settle rambut depan bila ibu potong rambut. alhamdulillah walaupun terkial-kial, taklah nampak macam kena gigit tikus. hihi

sebelah petangnya kami berdua turun untuk meronda. motip utama nak tuang minyak kereta saja. upah haruslah ada bila berjalan dengan mak jemah ni. tak sampai 20 minit hujan rintik-rintik, terus kami balik sebab takut hujan lebat susah nak masuk rumah.

gambar ni ibu upload dalam fb. tak lama lepas tu, makcik bawang call ayah sophea cakap somethings. peliks ibu bila kami berdua keluar dalam 1km dari area rumah pun nak bising, padahal bukan ibu dan sophea p mencuri, merompak ke. nak kami berdua mati kebosanan dalam rumah gamaknya. its okay, ibu kena positive selalu.


No comments:

Post a Comment