16 January 2018

Itik Salai Masthar

selepas penat berjalan dengan bekas kawan sekerja di Kilang cekelat, kami menjamu selera di Itik Salai Masthar di Bandar Baru Bangi.


bekas kawan sekerja ni memang kaki jalan & kaki makan, semua tempat makan best dia akan bawa Shu jikalau dia datang Cheras, kawan Shu ni tinggal ni Sg. Buloh sana.


Di Itik Salai Masthar ni, ada menu yang memang Shu suka, masak lemak cili api. ada pelbagai masak lemak, antaranya itik, ayam, daging, ikan keli dan dua tiga jenis lagi. kami sampai sudah petang, jadinya orang pun tak ramai.




gambar dari google. sejak ada anak ni, tak sempat nak snap gambar. sibuk dengan anak. hihi. kalau ada kesempatan lagi, Shu akan up gambar lain.


untuk Itik Salai Masthar ni, shu makan daging salai dia. sedap, tak liat dan nipis. nasi pun banyak. dan harga sangat berpatutan, iaitu kurang dari RM10. untuk anak-anak yang tak makan pedas, ada juga kedai lain yang menjual makanan tak pedas. di Masthar itu sendiri ada ayam goreng.


No comments:

Post a Comment