Hampir 3 tahun

pukul10 pagi keluar rumah dengan ibu nak p rumah tok ayah. pakaian dia sendiri pilih dan sarungkan. termasuklah tudung pink sebelah dia tu. ok ibu dah sedar anak ibu sudah besar sudah hampir 3 tahun.


masuk dalam kereta pakai seatbelt sendiri. tapi ibu kena bantu juga sebab sophea tak larat nak tarik sorang diri. hihi.. duduk dalam kereta diam, bila kereta sudah gerak, mulut pun sama bergerak.


bila sampai di lampu isyarat merah, dia sendiri akan cakap. ibu, "lampu merah untuk orang jalan, lampu hijau untuk sophea jalan". jalan sesekali kau sengaja langgar lampu merah, kang tak memasal kena jawab 10 kenapa dengan budak kecik ni. 


pukul1 petang bertolak balik rumah, dalam perjalanan balik, ibu hang kusyuk  bawak kereta, bila siap parking sekali toleh, nah hai. kesian budak kecik ni terlelap sudah, letih.


kesimpulannya. ibulah dukung dia masuk rumah. :)



Hampir 3 tahun Hampir 3 tahun Reviewed by Shuhaida Saad on 20 January Rating: 5

No comments

Ad Code

Ads 728x90