Kelebihan Beristighfar

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"...dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosanya selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui balasan bagi mereka ialah keampunan daripada Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan (itulah) sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal."
(Surah Ali Imran, ayat 135-136)

Kadang-kadang kita tak terlepas daripada melakukan kesilapan-kesilapan dan dosa. Allah s.w.t bersifat Maha Pengampun, tapi kita janganlah seronok sampai leka dengan kesilapan dan dosa tu sendiri. SEGERAlah beristighfar dan bertaubat.

Banyak kelebihan beristighfar kalau kita amalkan, antaranya:
  1. Menghidupkan jiwa yang resah gelisah di atas perbuatan maksiat dan dosa yang dilakukan.
  2. Mendekatkan diri dan mengingati kepada Allah s.w.t.
  3. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan diri kepada Allah s.w.t.
  4. Membanteras tipu daya syaitan.
  5. Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah s.w.t dalam kehidupan.
  6. Allah s.w.t akan memberinya jalan keluar dalam setiap masalah yang dihadapinya.
  7. Ditukarkan kedukaan dengan kesenangan.
  8. Dipermudahkan mendapat rezeki dari Allah s.w.t.

Banyakkan beristighfar agar hati kita bersih dan tiada sikap negatif yang selalu mencari salah dan silap orang lain. Adalah lebih baik kita memperbaiki hubungan kita dengan Allah s.w.t terlebih dahulu.

Bak kata pepatah. 1 jari menunding kepada orang lain, 4 lagi menunding kepada kita. Carilah aura positif yang diri kelihatan lebih muda. kehkeh..
Kelebihan Beristighfar Kelebihan Beristighfar Reviewed by shu aida on 27 October Rating: 5

No comments

Ad Code

Ads 728x90