merindui seseorang - ShuhaidaSaad

21 May 2012

merindui seseorang

Assalamualaikum... 

seperti biasa, bermula 12 tengah hari hinggalah jam 2 petang syieda akan menjengah blog sekejap tipu.sebenarnya die masuk blog lame gile. sapu-sapu sawang, potong-potong kayu api, buka tingkap agar blog tidak terbiar 100% pada hari bekerja. 

walaupun entri tidak reti-reti nak update atau dalam erti kata lain, tiada idea. namun blogwalking masih diamalkan. :)

tadi di akhir waktu blogwalking, syieda ternampak doodle ni. teringat pada seseorang. kalian yang tinggal berasingan dari family pasti akan ada perasaan seperti syieda ni. :) konfident je cakap. hihi kan? 


mak..
dialah yang basuh kencing berak..
dialah yang basuh baju-seluar..

dialah yang kasut sekolah..
dialah yang masak lauk kegemaran..

dialah yang suapkan tatkala sakit..
dialah yang kejutkan bangun pagi..

dialah yang mengajar baca Al-Quran..
dialah yang mengajar mengenal A,B,C 1,2,3..

dialah yang menangis kalau diri ni dilukai..
dialah yang teman bergosip..

dialah yang segalanya...

mak..
sekarang bila sudah tinggal berjauhan, sehari sekali akan hubungi mak di kampung. saja borak-borak. :) setiap perbuatan, akan dilaporkan. dari bangun tido hinggalah masuk tido semula. anything..

mak... i miss u so much! :(

terima kasih pada blogger ni sebab syieda dapat peroleh doodle ni untuk diletakkan di dalam blog syieda. :) orangnya adalah mama Arina yang pandai melukis doodle comel ni. suke sangat tengok setiap doodle hasil tangan kretif kak Arina ni. :)

mood : merindui seseorang..




yang benar

18 comments:

  1. comelnyaaa....mmg terus teringat kat mak!

    ReplyDelete
  2. sayu d'hati . :')

    ReplyDelete
  3. jasa mak memang tiada tandingan~

    jemput singgah,
    http://sukacakapsorang.blogspot.com/2012/05/ceritaku-di-nestle.html

    ReplyDelete
  4. Comel doodle tu. hee. Begitulah rasanya tinggal berjauhan dengan ibu tersayang. :)

    ReplyDelete
  5. sedih... nasib baik nk balik jb jumaat ni =)

    ReplyDelete
  6. @kak Dila: sabar ye kak :) nanti dapat la peluk tiom mak lame-lame..

    ReplyDelete
  7. @A: jgn nangis ye dear :)

    ReplyDelete
  8. @rAIHan: mak lah segalanye.. :)

    ReplyDelete
  9. @Sally Yatiey: yup. mencari rezeki kena gagahi jugak. :)

    ReplyDelete
  10. @aimi: alahai aimi. hukhuk :( jelesnye..

    ReplyDelete
  11. @Rafflesia™
    tak nangis . sebak je . huihui :')

    ReplyDelete
  12. sedih je baCa.. :(
    xlama g nak blik Uitm dah.. terpaksa pisah dgn mak...-.-

    ReplyDelete
  13. @Ieyza Afieyna: alahai syg, mesti sedih nak tglkn mak bile masuk sem baru. same la syieda dulu :(

    ReplyDelete